STAY
Rihanna ft. Mikky Ekko.
Bitch,please.
Isnin, 15 April 2013

Assalamualaikum. :)

Hey. Whats up? Yeah, I'm pretty good right now. I need to improve my english so if I made any mistakes, please show me the truth. If you see my tittle's today it sound pretty bad right? Hahaha, yeah I was talking about some bit*hes here, around me. If you readed my past update, you'd know that I moving around Perak and I don't wanna to stay here for a little longer anymore. I've been here in 4 weeks ago. Hmmm, about 1 month, I guess. Okey let me tell you, since I school here(SMK Taman Panglima), they always talking bad about me. Nahhh, I don't even care about them but please respect whats mine. If they are really not satiscified with whats mine, please tell me. Don't tell another people and tell bad about me. That's are really unmatured, bitxh.

Hahahaha itulah sedikit sebanyak english yang kalau aku improve memang langsung tak faham apa aku maksudkan hahaha dah diam jangan gelak. So macamaku mention dekat atas tadi, aku agak tak suka lahh. Macam aku tak tahu diorang ckaap pasal kau. Well, aku kan budak baru, aku maals ahh nak tunjuk keras kepala, tapi tengok cara diorang macam nak kena sound je. Pehhh, kalau aku datang pun sama je. So better aku takpayah datang kan. Hari ni pun kau tak datang sekolah. Mula mula memang aku nak datang, tapi aku patah balik hahaha. Malas aku nak sekolah situ. Sekolah macam penjara je. Aku nak sekolah jb balik doh. Serious talk. Dekat sini apa je ada. Mengarut ada ahhh. Tapi aku admit, dekat sini barang murah gileee. Tak macam dekat jb ahhhh mahal nak mampuih. Tapi aku nak duduk jb.  Hmmm :(

Aku sebenarnya tak tahu nak update apa tau. So aku update ahhh apa ang terlintas dikepala hotak aku ni haha. Ok aku rasa sampai sini je ahh malas nak update banyak banyak kbye. Iloveyou. Assalamulaaikum. :***

April wish :)
Khamis, 11 April 2013


Assalamualaikum. 

Hey. Okey dah lama sangat kan tak update blog ni. Well, siapa je nak baca haha. Lagipun dah re-edit balik blog ni sebab yelah bosan je yang lama tu. Whenever, template ni simple snagat kan haha. Biar lah. Lagipun bukannya ada orang baca. Actually aku baru je pindah dari Johor Bahru ke Perak. Masa mula mula tahu tu aku menangis sebab takkan nak tinggalkan semua ni. Kawan kawan aku, all of the memories in jb, takkan nak tinggalkan? Aku cakap dengan mak aku, aku taknak pergi sebelum pmr. Selepas pmr baru aku pergi, tapi mak aku tak bagi. Mak aku risau nanti aku nak duduk dengan siapa. Hmmm :') Kalau korang baca prev update aku yang pasal Maal Hijrah tu, aku ada cakap pasal kawan kawan aku kan. Yeah, i love them. Aku rindu gile dekat diorang. Hmmm...

Dekat Perak, banyak barang murah. Yeah, aku admit aku jadi gila bila pergi window shopping. Tapi aku still tak dapat cari kawan kawan aku yang macam dekat jb tu. Dekat sini sekolah dia disiplin sangat ketat. Aku taknak lah sia sekolah sini. Siapa je nak. Serious doh aku taknak. Budak budak dia pun macam betul tak betul je. Hahaha, euwww. Well, aku maals nak cakap pasal benda benda ni. And now, aku sekarang in love. Hahaha, Afiq Osman? Yeah lupakan dia. Aku dah move on. Aku tak perlukan dia. Siapa nak dia? Dia suami orang. Buat apa aku tunggu tunggu dia lagi kan. :) Alif Adham. Aku sayang dia. Dulu aku benci dia. Sebab dia tak habis habis nak usha aku. Aku dah kata aku taknak couple dah aku kecewa. Aku nak tunggu Osman. Tapi tak. Dia still usha aku. Berapa kali aku maki dia, tapi dia rileks je. Hahaha, salute gile. Then, sampai sekarang, baru dia dapat aku. Hahaha, susah nak jumpa orang macam dia sebenarnya. Kira dia ni one in a million ahh. Hihihi. 

Tapi semalam aku kena marah dengan dia. Hahaha, aku sentap, aku terus tak call tak teks. Tapi dalam 15 minit gitu aku call dia jguak haha. Risau gitu. So aku rasa aku tak ada apa apa nak update. Suka dengar lagu Rihanna-Stay ni. Okey rasanye sampai sini jelah. Okbyee. Assalamualaikum. :** 
Ps: Hahahaha, aku bosan so aku update merapu. Layan je kay bye. :**

Sekolah? PMR candidates? :(
Rabu, 2 Januari 2013


Assalamualaikum. :) 

Heyy. Hari ni aku tak tahu lah nak cakap pasal apa tapi yang aku nak kecohkan dekat sini, aku ni bakal. Ehem ehem *muka pasrah* bakal bakal bakul pukul. Ehh apende aku merepek. Aku ni bakal jawab PMR tak lama lagi. Aku ada masa dalam 9 10 bulan gitu ahhh kan. Tak yang paling aku nak tergelak aku ni last batch! *lap air mata darah* Ingat ni drama melayu ke pe nak air mata darah bagai. Tapikan serious terasa macam aku ni terlalu cepat membesar dan berkembang.... Haa yang berkembang ni kan perlahan sikit lahh yee aku bukan taknak kurus nak tapi macam malas pulak. Yelah kalau aku dah kurus maka kuranglah perempuan gemuk yang hodoh lagi malang sorang. Nanti kalau aku dah kurus mestilahhh jadi macam ala ala Neelopaa gitu ahaks. :p Macam geli jee. :( Tadi (2.1.2013) kan first day sekolah. So, aku pergi sekolah macam biasa tak biasa lah sebab masa aku form 2, aku budak petang so terasa macam kekok sikit nak sekolah pagi almaklumlah dulu form1 je pagi hmm. *cedih* Then, dengan baju sekolah yang mengelebeh labuh dia, dengan beg buruk dengan tudung yang ala betul tak betul dah macam kulit pisang aku tengok. :p Maklumlahh bukan orang berada macam korang yelah budak sekarang kan bukan main dalam bilik je pun dah ada aircond. Repeat, ada aircond je benda lain takde. :p

Ahaha, then, pergi sekolah orang first aku jumpa si Effa gemuk tu. Cehh aku cakap macam tak sedar diri jee. Lepastu jumpa Najwa dengan Fatimah sekali. Memang awkward giloo ahh sebab kite mana lahh ngam sangat dengan budak pagi maklumlahh Taman Pelangi ni banyak budak budak baru nak up, yang bajet gangster dan yang HOTCENTAPP punnn banyak. Ahaha, kadang kadang cedih lah jugak tengok TP nii euww geli tauuu bebudak senior yang acah gangster nak buli junior. Bagi pang sikit kang. Arny tadi beria nak tengok vid sore eyes yang aku buat hari tuu peghh dia gelak dah macam langsuir kena rogol dahh perghh perghh cedih aku tengok Arny sorang ni. Macam biasa kan haters gonna be hate so aku tahun ni ada big exam so aku malas lah nak cari pasal macam 2012 punye cerita so aku nak belajar betul betul tengok sendiri lah lepas aku break dengan Afiq Osman tu, aku terus tak couple dengan mana mana lelaki lagi. :') 

Aku harap aku dapat score kalau tak dapat 8A pun at least cemerlang lahh tak ada yang fail. So, Untuk batch 98, kita ni last batch for PMR kan so kita kena lahh buat yang terbaik. ;) Banggakan mak bapak kita even it just PMR. Yelahh, mak bapak mana kan yang tak suka tengok anak anak dia berjaya. ;) Okeyylahhhh sampai sini jeee rasanye sebab aku dah kekurangan idea dan aku malas nak menghasilkan apa apa idea lagi sebab aku nak keluar kejap ni. Lagipun ingat aku rajin sangat ke pe nak type panjang panjang ni padahal seekor pun tak baca ahaks sedihh tau penat buat header, edit semuaaa untuk blog ni. *lap air mata* Okeyylahh tak payah nak berdrama Ombak Rindu dekat sini kbyee. Assalamualaikum. :*

Papa.
Selasa, 4 Disember 2012


Assalamualaikum. :) 

Hai manusia sekalian. Dah lama betul tak update blog ni. Agak sayu jugaklahh bila tengok blog ni tak terupdate update. Bukannye apa agak sibuk kebelakangan ni. Maklumlah musim cuti kan. So orang pergi bercuti lah sana sini. Dan paling awkwardnya, sampai sekaranng aku tak balik kampung lagi. Kalau aku balik kampung, boleh shopping sakan. Shopping sampai lupa dunia pun takpe. I'd really need a new clothes and shoes ! Desperetly ni. :'( Dan yang paling aku desperetly nak tudung. Bukan takde tudung. Ada, tapi nak yang baru punye. Aku dah gile dekat animals prints dengan vintage. Ehh, cantik tau. Siapa yang reka tu aku berterima kasih dekat mereka. Macam over je. :( Hmm. Okeyy mari saya ingin bercerita. :') Hari tu papa ada kata macam ni: 
"Sia sia ada anak perempuan. Dah besar menyusahkan. Kalau orang cakap bodoh marah. Tapi dah memang hakikat kau bodoh"

Haaaa, see ? Guess lah siapa yang cakap ni ? PAPA. Hahahaha, kelakar kan. ;D Hati ni kan macam dibelah belah dengan pedang samurai. Cehhh. :D Siapa tak hancur siak hati kalau papa sendiri cakap macam tu. Mungkin dia tak boleh lupakan benda yang pernah aku 5 bulan yang lepas. Tapi dia tak nampak ke aku tengah cuba jadi terbaik untuk dia ? Dia ada nampak ? Mama. Mama sorang je yang aku ada sekarang. Masa tu mama pun terkejut papa cakap macam tu. Aku terus lari masuk bilik menangis. Mama  pandang sayu je. Dia tolong tutupkan pintu bilik aku. Hmmm, aku sayang mama aku. Papa ? I love him too. Tapi dia ? Ya Allah. Please dad. It just a PAST. Please forgive me. I know that was my biggest mistake and I promise I'll never do that stupid things again. Oh dad. I really loves you so much. I just wanna you to be my superhero, superdad. I love you. And i really don't wanna to lose you. Ya sanggup hilang semuanya janji bukan papa, mama and adik adik. :') Ahhhh ! I'm crying ! Okeyy bye. Assalamualaikum. :') 

This. 
Terasa comel buat muka gini. Ahaks. Bye. :')


Maal Hijrah. :)
Rabu, 14 November 2012

Comel kan ? Tahuu dahh. :3

Assalamualaikum. Hai peeps. Dahh lama kan tak update blog ni ? Haaaaa, asyik pandang burung biru jee. :3  Sebenarnya hari ni nak cakap pasal Maal Hijrah. Haa, dalam Islam dah masuk tahun baru dahh. Dan Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih single. Genap 3 bulan. Hahahaha, hope tahun depan aku single macam ni jee. Yelahh sebab next year kan aku dah ada biggest exam so nak lah buat betul betul kann. Nak jugak kembangkan hidup mak bapak aku buat kali yang keduaa. Sebenarnya tahun ni memang tahun yang paling paling paling teruk sekali ! Haaaaa, ntah lahhh. Maybe aku memang patut kena macam ni kan ? Mungkin lahhh. Kalau aku dapat bagitahu apa masalah tu dekat korang dah lama kayy aku bagitahuuu. 

 Aku harap sangat Allah ampunkann dosa dosa aku. Aku harap sangat Allah bukakan pintu hati aku untuk terima hidayah Allah. Harap sangat. Sebab aku masih muda. Masih banyak lagi benda yang aku belum rasa atas muka bumi Allah ni. Aku taknak makin lama makin hanyut dalam dunia fana ni. Yelahh sebab kita ni remaja akhir zaman kann. Terlalu banyak benda negatif yang boleh kita ikut kalau iman kita tak kuat kann. So, aku harap sangat Allah permudahkan jalan hidup aku. Allah temukan aku dengan jodoh yang lebih sayangkan Allah dari aku. Haihh, bahagiannya kalau dapat suami yang macam tu. Bolehh bimbing aku ke syurga. Eaa, bestnyaaa. :'3

 Okeyylahh aku nak cakap pasal kawan kawan aku pulakkk. Memandangkan cuti 2 bulan ni aku duduk rumahh jee. Haihhhh, mestilahh aku rinduuu gilee dekat diorang sebab most of my times aku spend dengan diorang. Hmm. :') Okeyylahh mula mula nama dia Nur Ezzatul Arny Binti Ezzuandi. Dia ni free hair. Tak cantik tapi comel. Hahahaha, perempuan ni paling pendek dalam kumpulan kitorang. Tak hairan lahh dia yang paling comel kan. Kulit hitam manis bibir ala ala Angelina Jolie. Hahahaha, dia dah ada couple punn. Untunglahh. Dulu bukan main dohh kutuk boyfriend dia tu last last dengar cerita couple dengan orang tu. Kelakar betul Arny ni. xD Aku rinduu sangat nak menggila dengan diaa. Yang kedua tu pulak NurSyahirah Effa  Binti Rosasin. Perempuan ni punn best jugakk. Dia suka barang barang feminin macam baju, kasut, bracelet, make up. Sama lahh macam akuu. Kitorang memang sekepala and memang gilaaaaaaa dekat tudunggg ! Apa apa style yang berkaitan dengan tudung cakap je dengan dia. Dia no 1 part part cenggitu. *lahh sangatt* -,- Yang ketiga pulah Nur Ezatul Farisha  ataupun dikenali sebagai Cici. Dia ni tembam tembamm chubby gituu. Tapi dia tak rapat snagat dengan aku. Dia biasa biasa je dengan akuu. Yang keempat pulak Fatimah Az-Zahrah. Perempuan ni keding, putih gebuu cantikkk. Hahahaha, aku berdekak dengan cara dia gelak. Macam kita tekan butang mute awww bila dia gelakk. ;D Comel gituuu. Aku rinduu sangat dengan korangg. :'( Apalahh yang korang buat sekarang ehhh ? Sumpahh rinduuu sangat. :'3 

CRUSH ? Hahahaha, sebenarnya crush tuu ex akuu. Dia comel. Tapi entahh lahh. Maybe dia tak tahuuu aku bercrushkan dia. Yelahh kalau dia dah tahu bukan nama crush lagi. :3 Kenapa aku break dengan dia ? Haaaa, rahsiaaa rahsiaaa. Hahaha, nak je aku tampal gambar dia dekat sini. Geram akuu. :'( 
DEAR CRUSH, sila tahu yang saya sayang gila dekat awak. Break dengan awak memang sesuatu perkara yang sangat bodohhh. Hmmm. Tapi saya taknak ada apa apa hubungan dengan awak sebab saya tahuu benda tu mustahil. :') Awak awak,jangan lahh mention dengan mana mana perempuan, kita jealous sangat tauu wakk. Jealous sangat. :'( Tambah lagi dengan perempuan tuuu. Eaaaa, nak je sumpit korang berduaa ni. Mengatal pulak dekat TL aku mana tak sakit hati. Tapi takpelahhhh. Aku akan pendam perasaan ni sampai lahhh perasaan ni hilang sendiri. Insyallah. 
Okeyylahhhh. Aku rasa sampai sini jee aku update. Byee, selamat malam. Assalamualaikummm wbt. :* 

Aku kan kuat ! xD
Selasa, 19 Jun 2012


Assalamualaikum. Nampak gambar tuu ? Hahaha. Hmmmm. *sighhhhh* Ntah lahhh. Sampai bila semua ni nak berakhir ? Sampai bila ? Ahhhhh. Aku nak macam dulu dulu. Bahagia dengan kau. Dan sekarang. Kau kata kau nak tumpukan kerja kau. Dah tak bolehhh online facebook lagi. Tak bolehhh contact aku lagi. Hahahahaahha. Semua orang nak tinggalkan aku ni kenapa ? Dia cuma nak ada masa depan, Liaa. Bukann nye apa. Hmmm, ye. Aku faham biyy. kau nak kerja. Bila nak kerja, mana bolehh care pasal aku lagi. Mana bolehhhhh asyik online dengan aku lagi. Kann  ? Haha. Aku tahu tuhh. Takpelahhh. Kau tumpukan lahhh kerja kauu. Aku tak kisah. Aku PASRAH. AKu dah redha dah. ;)

Sekarang, aku nak belajar hidup tanpa kau. Bukan. Bukan maksud aku nak tinggalkan kau. Tapi, yelahh. Nanti kau mana ada cukup masa lagi untuk aku. Kan ? Kerja punn , untuk aku kann. Nak kahwin kann ? :'D Hahah. Aku faham tuh, biyyy. Aku sekarang cukup merana tanpa kau. Kau tak tahu semua tuh. Family aku tak tahu semua tuh. Hanya aku yang tahu. Hahahaha. Mungkin. Mungkin Allah hanya nak duga kesabaran dan iman aku. Hahaha. Ya Allah. Aku dah tak sanggup hadapi ni semua sorang sorang. Aku perlukann kau ! Kalau aku terus macam ni, tak mustahil weyyyy, aku bolehhh jadi gila ! 

Hari berganti hari. Tak lama lagi birthday aku. Kau pernah janji dengan aku. Kau nak sentiasa bersama aku masa birthday aku tuhh. Tapi, family aku, semua tu halang kau tunaikan janji janji kau. Takpe sayang. Aku faham lahhh. Aku ni perempuan yang tabah tau ? Kau tahu apa ? x'D Aku tahu kedudukan aku dengan kedudukan kau tak sama taraf. Kan ? Sekarang ni, hari hari yang berlalu langsung tak bermakna dalam hidup aku. Langsung tak. Aku cuma inginkan kau. Itu sahaja. Tapi. Orang lain tak fahamm. Ahh, biarlahhh. Biarlahhh aku sorang je yang faham perasaan nih. Haha. :'( Aku sedih ! Sangat sedih ! JustDream. Aku mimpi kau bersama dengan aku selama lamanya. SELAMA LAMANYA. Ohh, lupaa. JUSTDREAM. </3 

Then, kau cakap. Kau nak melamar aku. Nak bawak kereta kegemaran aku depan rumah aku. Biar mak bapak aku terkejut tengok. Aku tak sabar tunggu hari tuh. Aku tak sabar tunggu kau melamar aku. Aku tak sabar tunggu kau bawak kereta kegemaran aku. MiniCooper. Kan ? Dari dulu lagi, nampak je kereta tu, mesti aku kata 'Nanti bila kita kahwin, aku nak kereta tuh. BOlehh ?' Hahaha. Hmmmm. *sighhhhhh* Aku tahu aku cuma bermimpi. Kan sayang ? Aku serious tak sabar untuk tunggu hari tuh. Hari yang paling bahagia. Tapi, sampai bila aku nak tunggu ? Sampai bila ? Kalau kau datang, aku nak peluk kau. Aku nak cium kau. Aku nak menangis depan kau. Biar kau tahu, betapa seksanya aku tanpa kau. Ya Allah. Sampai bila aku nak jadi macam ni ? Sampai bila ? Jangan risau tau biyyy ? AKu akan tunggu kau sampai aku mati sekalipun. Sampai beruban rambut sekalipunnn. Lihatlahhh. betapa hebatnya penangan cinta kau. :'* Baiklahhh. Sampai sini sahaja. Bye. Takecare sayang. AKu selalu sayangkan kau walau kat mana kau berada sekalipunn. Ingat tu. Faham ? :* Assalamualaikum. </3


Blog baru. :)
Isnin, 18 Jun 2012


Assalamualaikum. Heyyy. Oke. Aku nak bagitahu ni. Blog aku yang http://aliaalizsuperb.blogspot.com/ , aku dah tak dapat bukak dahh. Ohhh, aku lupa password sebenarnya. Biasalah. Manusia cepat lupa. Right  ? Jadi, aku buat blog baru ini untuk meluahkann segala kisah aku. Yee, korang semua punn bolehh baca dan aku tidakk berapa kisahh kalau korang nak baca ke apa keee. Tapi, korang cuma tahu cerita aku. Jadi, tolong jangan suka suka judge orang ehh ? Ohh. Okeyy, situ jeee. Byeee, see you next time. :*

Older
Newer